Menu Button

Sertai cabaran baru Liga Super Fantasi 2014

1/6/2014

Azamuddin Akil atau Norshahrul Idlan Talaha? Obinna Nwaneri atau Vincent Bikana? Semua itu anda yang tentukan dalam Liga Super Fantasi 2014 !!!

Fikir anda berkebolehan untuk menguruskan sebuah pasukan Liga Super, bentuklah sebuah pasukan impian anda berdasarkan pemain Liga Super yang didaftaran untuk musim baru ini secara percuma disamping memenangi hadiah berupa wang tunai dan banyak lagi.

Klik di sini untuk menyertainya Liga Super Fantasi 2014 sekarang bagi merebut hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM15,000, hadiah mingguan serta jersi dan tiket perlawanan Liga Super.

Dengan semua pasukan Liga Super giat mempersiapkan pasukan bagi cabaran baru, sudah pasti kerancakan Liga Super Malaysia bertambah hangat dengan format pemain import 2 + 1 yang baru diperkenalkan. Adunan pemain anda akan diuji dan hanya percaturan yang mantap akan melayakkan anda meraih mata tertinggi sekali gus membolehkan anda membolot hadiah yang ditawarkan.
Artikel Berkaitan Paling Popular
Liga Super
Patutkah pengadil perlawanan antara Lions XII menentang Sime Darby dikenakan tindakan?

VOTE